Life Beyond Education
Platform Pertama Di Malaysia : “Career Development Base On Industrial Training Program”
Pembangunan kerjaya anda bermula di sini !!!!!!
PRECIOUS EDUCATION ACADEMY atau dikenali sebagai PEN Academy merupakan Institusi pertama di Malaysia yang menawarkan Program Latihan Berasaskan Latihan Di Industri “Career Development Base On Industrial Training Program”. Belajar kemahiran, Penempatan kerja sepenuh masa & Bimbingan Pembangunan Kerjaya.
Setelah tamat tempoh program latihan ini, para pelajar akan dianugerahkan Professional Certificate bidang yang berkaitan oleh UTMSPACE serta jaminan peluang pekerjaan yang tetap.
Pelbagai Sektor / Bidang Yang Ditawarkan Antaranya : –
1) Pengurusan Hospitaliti ( Hospitality Management )
2) Keusahawanan – Pembangunan Operasi Perniagaan ( Entrepreneurship Business Development )
3) Pengurusan Logistik ( Logistic Management )
4) Klinikal & Pembantu Hospital ( Clinical & Hospital Aide )
5) Automotif & Keselamatan ( Automotive & Safety )
Kenali kami dengan lebih lanjut untuk pembangunan masa depan kerjaya anda !!!
Platform Pertama Di Malaysia : " PROGRAM PEMBANGUNAN KERJAYA BERASASKAN LATIHAN INDUSTRI
Cabaran Semasa Belia & Penempatan Oleh PEN-Academy
Di PEN Academy kami bukan memberikan impian kosong buat pelajar kami. Di PEN Academy kami bantu dengan membimbing mereka kearah mencapai impian kerjaya sekaligus masa depan mereka!
Boss J / Sir Hauzair — Pengarah Urusan PEN Academy
PEN Academy "Legend" Akademi PERTAMA di Malaysia
Akademi PERTAMA di Malaysia Berkonsepkan PEMBANGUNAN KERJAYA
Dalam hidup ini tiada yang mustahil, walaupun anda bukanlah pelajar hebat hatta anda dikategorikan sebagai “GAGAL” sebelum ini. Kami ada ruang & peluang buat anda.
Usah menghitung masa lalu, terus pandang kehadapan melangkah membina pembangunan kerjaya anda bersama kami di PEN Academy!
Program Pembangunan Kerjaya Berasaskan Latihan Industri
Program yang ditawarkan Di PEN Academy adalah program-program yang memenuhi kehendak semasa industri bagi menampung kekurangan tenaga kerja di industri kini, dalam masa yang sama mewujudkan pekerja terlatih dalam sektor yang dipilih. Sekaligus mengurangkan kadar pengangguran negara. Program latihan yang disediakan adalah seperti berikut:
Sijil Profesional Pengurusan Logistik
Pengurusan logistik adalah komponen pengurusan rantaian bekalan yang digunakan untuk memenuhi permintaan pelanggan melalui perancangan, kawalan dan pelaksanaan pergerakan dan penyimpanan maklumat, barang dan perkhidmatan yang berkaitan dari asal ke destinasi. Pengurusan logistik membantu syarikat mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan.
Sijil Profesional Pengurusan Hospitaliti
Pengurusan Hospitality - Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (latihan sebenar diindustri) berdasarkan proses kerja sebenar mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas sehingga ke tahap yang tinggi dalam bidangb Hospitality selaras dengan kehendak industri.
Sijil Profesional Keusahawanan
Keusahawanan (Pembangunan Operasi Perniagaan) /Enterpreneurship (Business Development Operation). Business Development adalah proses identifikasi jangka panjang untuk meningkatkan nilai perusahaan melalui pengembangan hubungan, pasaran dan pelanggan. Tanpa Business Development yang berkelanjutan, suatu perusahaan tidak dapat mengembangkan perniagaan degan maksimal. Proses Business Development disesuaikan dengan perniagaan dan segmentasi perusahaan tersebut. Business Development harus bersifat terus menerus dan jangka masa panjang kerana proses ini adalah penting bagi semua jenis perniagaan
Kaedah Latihan & Pembelajaran
Penempatan di Industri
Para pelajar akan ditempatkan secara langsung di industri sepanjang tempoh program latihan. 80% program latihan ini adalah melibatkan "hands-on" di industri.
Kelas Persediaan, Teori & Simulasi
Manakala 20% adalah melibatkan teori & simulasi yang dilakukan secara bersemuka (offline) dan juga atas talian (online).
Pemantauan & Kelas Bimbingan
Pemantaun & kelas bimbingan akan diberikan sepanjang tempoh program latihan ini. Terdapat beberapa jenis laporan dan kerja akhir yang harus disiapkan oleh setiap pelajar sebelum graduasi.