Tentang Kami

Precious Education Academy [PEN Academy]

PEN Academy adalah sebuah syarikat bumiputera yang didaftarkan di Malaysia pada 15hb Ogos 2019 dibawah nama (Precious Education
Academy PLT).

PRECIOUS EDUCATION ACADEMY atau lebih dikenali sebagai PEN Academy adalah sebuah institute / akademi yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) serta rakan kerjasama UTMSPACE menawarkan perkhidmatan pembangunan modal insan dan perundingan dalam latihan kemahiran, pendidikan, motivasi, kepimpinan, kem, dan seminar. Syarikat ini ditubuhkan untuk memenuhi tuntutan pelanggan dan komuniti untuk pembangunan modal insan dan perkhidmatan perundingan pada kadar yang kompetitif dan selaras dengan keperluan dan keinginan pelanggan.

PEN Academy memastikan kaedah profesional terkini dalam menyampaikan perkhidmatannya. Secara keseluruhan, PEN Academy memberikan perkhidmatan kepada semua masyarakat, agensi, syarikat dan individu untuk meningkatkan pembangunan diri, organisasi, masyarakat dan negara. PEN Academy juga turut mempercayai bahawa semua latihan yang kami jalankan mesti menggunakan konsep atau kaedah A.S.K.

A : Attitude/Sikap

S : Skill/Kemahiran

K : Knowledge/Pengetahuan

ATTITUDE

Attitude (Sikap)

SKILL

Skill (Kemahiran)

KNOWLEDGE

Knowledge (Pengetahuan)

“LIFE BEYOND EDUCATION ” – It’s all About How People Live Their Life Beyond Education

Boss J — Pengarah Urusan

Boss JPengasas / Pengarah Urusan / Principle Trainer
Berpengalaman didalam bidang Logistik (Forwarding, Warehousing, Transportation, Customs & Port Clearance, Supply Chain) selama 16 tahun dan 10 tahun pengalaman dalam Bidang Kemahiran (TVET & SKM). Beliau pernah dilantik sebagai Pegawai Penilai, Pegawai Penilai Luaran bagi sektor Kewangan & Business. Beliau pernah diperakui sebagai Pakar Pengajar (Sektor Kewangan & Business) oleh CIAST, Jabatan Pembangunan Kemahiran. Beliau berpengalaman luas dalam membangunkan modul latihan dan soalan peperiksaan akhir tahun Bidang Kemahiran. Idea dan ilham dalam merekabentuk program dam skim latihan di PEN Academy adalah daripada beliau. Kesungguhan dan semangat beliau dalam memastikan Warganegara Malaysia am nya dan Belia Malaysia khasnya dalam membentuk kerjaya didalam bidang yang diceburi maka tertubuhnya PEN Academy.

Mr Ranjan – Pengasas Bersama / CEO / Pakar Perhubungan Industri
Berpengalaman 25 tahun kerjaya dalam bidang Hospitaliti dan perpengalaman luas menerokai Negara Luar sepanjang tempoh kerjaya dalam bidang Hospitality membuatkan beliau menjadi salah satu nadi utama didalam program dan skim latihan PEN Academy dan merealisasikan program Pembangunan Kerjaya untuk Warganegara Malaysia. Semangat dan kesungguh beliau membuatkan beliau bersemangat dalam memastikan Warganegara Malaysia am nya & Belia Malaysia khasnya dapat menyumbang dalam pembentukan ekonomi Negara.

“To empower individual to acquire, demonstrate, articulate and value knowledge and skills that will support them, as life-long learners, to participate in and contribute to the global market industries and practice the core values of the academy: respect, tolerance & inclusion, and excellence”

“Deliver industry-specific training, career development programs, and customized consultancy solutions to enrich learning and optimize individual, group and organizational performance”
MOTO