Program Latihan
Program Latihan Yang Kami Tawarkan
Program Yang Pertama Seumpamanya Di Malaysia
Di PEN Academy kami membangunakan silibus dan program yang menjadi keperluan utama industri. Kesemua program latihan yang kami tawarkan adalah diperlukan di industri di Malaysia. Kami juga bekerjasama erat dengan beberapa industri bagi menempatkan semua pelajar kami bermula dari fasa awal pembelajaran di PEN Academy.
Program Latihan ini bukan program “internship” yang lazimnya ditawarkan kepada pelajar-pelajar universiti di tahun akhir mereka.
Program Latihan ini adalah sebuah program yang berasaskan kemahiran dan pembangunan kerjaya ,“Career Development Base On Industrial Training Program”, yang ditempatkan secara langsung di industri dalam sektor yang dipilih.
Program latihan ini menawarkan 80% latihan secara langsung di industri manakala cuma 20% sahaja secara teori di pusat akademik.
Program latihan ini adalah sebuah program kerjasama antara PEN Academy dan UTMSPACE (sebuah anak syarikat kepada Universiti Technology Malaysia).
Berita baiknya sepanjang mereka mengikuti program latihan ini mereka dibayar elaun . Tempoh program latihan adalah antara 7 ke 10 bulan bergantung kepada prestasi seseorang pelajar.
Diakhir tempoh pengajian ini mereka dianugerahkan Sijil Profesional (Professional Certificate) dalam bidang yang berkaitan oleh UTMSPACE dan jaminan peluang pekerjaan yang tetap.
Program Latihan Yang Ditawarkan :
Sijil Profesional Pengurusan Logistik
Pengurusan logistik adalah komponen pengurusan rantaian bekalan yang digunakan untuk memenuhi permintaan pelanggan melalui perancangan, kawalan dan pelaksanaan pergerakan dan penyimpanan maklumat, barang dan perkhidmatan yang berkaitan dari asal ke destinasi. Pengurusan logistik membantu syarikat mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan.
Sijil Profesional Pengurusan Hospitaliti
Pengurusan Hospitality - Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (latihan sebenar diindustri) berdasarkan proses kerja sebenar mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas sehingga ke tahap yang tinggi dalam bidangb Hospitality selaras dengan kehendak industri.
Sijil Profesional Keusahawanan
Business Development adalah proses identifikasi jangka panjang untuk meningkatkan nilai perusahaan melalui pengembangan hubungan, pasaran dan pelanggan. Tanpa Business Development yang berkelanjutan, suatu perusahaan tidak dapat mengembangkan perniagaan degan maksimal. Proses Business Development disesuaikan dengan perniagaan dan segmentasi perusahaan tersebut. Business Development harus bersifat terus menerus dan jangka masa panjang kerana proses ini adalah penting bagi semua jenis perniagaan
Bidang Yang Terlibat
Logistik
Hospitaliti
Entrepreneurship
Kelayakan Mengikuti Program
Kelayakan #1
Kelayakan #1
Kelayakan #2
Kelayakan #2
Kelayakan #3
Kelayakan #3
Manfaat & Kelebihan Program Latihan
Hasil daripada program ini pelajar akan dapat memperbaiki sikap, berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang yang berkaitan. Selain dari itu juga, pelajar akan ditempatkan kerja di bidang yang berkaitan. Bagi memastikan pelajar kekal bekerja dalam bidang yang berkaitan pihak PEN Academy akan mengikuti perkembangan pelajar selama 10 bulan atau 7 bulan berturut-turut dengan menggunakan kaedah lawatan, tugasan, buku laporan harian, kuliah dalam talian serta projek akhir.
Selepas tamat 10 bulan atau 7 bulan ditempatkan pekerjaan pelajar akan dianugerahkan Professional Certificate bidang yang berkaitan oleh UTMSPACE dan jaminan peluang pekerjaan yang tetap. Tidak terhenti disitu sahaja, segala tugasan yang diberi juga menjadi bukti bahawa mereka berpengalaman dalam bidang berkaitan selain bukti buku laporan. Kesemua bukti pensijilan, 15 tugasan, buku laporan & projek akhir ini akan membantu pelajar bagi pembangunan kerjaya mereka di masa hadapan.
Hasil daripada pembangunan Sikap, Kemahiran dan Pengetahuan serta bekalan bukti pengalaman (pensijilan, tugasan, buku laporan & projek akhir) akan melahirkan tenaga kerja yang perpontensi tinggi dan menyumbang kepada:
- Individu – Melahirkan individu yang bedaya saing serta mempunyai sikap yang baik serta mempunyai tekad bagi pembangunan kerjaya dimasa hadapan.
- ...........................................................................................................
- Organisasi / Industri – Mempunyai pekerja yang berpotensi tinggi dalam memajukan organisasi serta produktif.
- ..........................................................................................................
- Negeri / Negara – Melahirkan individu yang akan memainkan peranan menyumbang kepada ekonomi Negara serta mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada kerajaan / Negeri / Negara. Selain daripada itu, dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.
- ........................................................................................................
- Mengurangkan kebergantungan Negara kepada tenaga kerja asing.
Perancangan Perjalanan Kerjaya Pelajar
Dengan berbekalkan Professional Certificate dan pengalaman sebenar di industri pelajar dapat membina kerjaya yang baik dalam 4 hingga 5 tahun kehadapan.
Kaedah / Silibus Program Latihan
Kaedah latihan keseluruhan selama 7 ke 10 bulan:
Kelas persediaan, teori & simulasi.
Penempatan Kerja
Pemantauan & Kelas Bimbingan.
Diberi elaun
Dilindungi dengan SOCSO/Insuran
Buku laporan
Kelas dalam talian
Kelas bimbingan bersemuka
Tugasan
Nota Dalam Talian
Teori
Simulasi
Pembentukan sikap, kemahiran dan pengetahuan
Ujian pengetahuan
Projek Akhir
Pembentangan projek akhir
Buku Laporan lengkap
GRADUASI
Contoh Modul Pembelajaran
Pengurusan Logistik
- Inbound Cargo Handling (Warehousing & Forwarding)
- Outbound cargo handling (Warehouse & Forwarding)
- Customs & Port Clearance
- Logistics Inventory Control
- Logistics Data Administration
- Shipment Hub Processing
- Logistics Transportation Movement Coordination
Pengurusan Hospitaliti
- Front Office
- Food & Beverages Services
- Housekeeping
- Food Preparation
Pengurusan Keusahawanan
1. Introduction to the Business Operation, Stock handling, receiving and inventory handling & Product Disposal & Return
2. Storage Arrangement Handling & The importance and control of stock take
3. Operating for the merchandising of food and non-food
4. Customer Service in Business Operation
5. Marketing Strategy in Business Operation
6. Provision of Social Media Marketing Materials
7. Social Media Streaming VS Television Broadcasting
YURAN PENDAFTARAN DITAJA OLEH INDUSTRI
Yuran Pendaftaran RM1,000 bagi semua program.
Bagi Program Logistik, tambahan RM1,000 diperlukan dan akan dikembalikan selepas tamat pengajian 10 bulan dengan jayanya.
Borang Pendaftaran
Menyertai Program Latihan PEN Academy