Program Latihan

Program Latihan Yang Kami Tawarkan

Program Yang Pertama Seumpamanya Di Malaysia

Di PEN Academy kami membangunakan silibus dan program yang menjadi keperluan utama industri. Kesemua program latihan yang kami tawarkan adalah diperlukan di industri di Malaysia. Kami juga bekerjasama erat dengan beberapa industri bagi menempatkan semua pelajar kami bermula dari fasa awal pembelajaran di PEN Academy. 

Program Latihan ini bukan program “internship” yang lazimnya ditawarkan kepada pelajar-pelajar universiti di tahun akhir mereka. 

Program Latihan ini adalah sebuah program yang berasaskan kemahiran dan pembangunan kerjaya ,“Career Development Base On Industrial Training Program”,  yang ditempatkan secara langsung di industri dalam sektor yang dipilih. 

Program latihan ini menawarkan 80% latihan secara langsung di industri manakala cuma 20% sahaja secara teori di pusat akademik. 

Program latihan ini adalah sebuah program kerjasama antara PEN Academy dan UTMSPACE (sebuah anak syarikat kepada Universiti Technology Malaysia).

Berita baiknya sepanjang mereka mengikuti program latihan ini mereka dibayar elaun . Tempoh program latihan adalah antara 7 ke 10 bulan bergantung kepada prestasi seseorang pelajar.

Diakhir tempoh pengajian ini mereka dianugerahkan Sijil Profesional (Professional Certificate) dalam  bidang yang berkaitan oleh UTMSPACE dan jaminan peluang pekerjaan yang tetap.

Previous
Next

Program Latihan Yang Ditawarkan :

Sijil Profesional Pengurusan Logistik

Pengurusan logistik adalah komponen pengurusan rantaian bekalan yang digunakan untuk memenuhi permintaan pelanggan melalui perancangan, kawalan dan pelaksanaan pergerakan dan penyimpanan maklumat, barang dan perkhidmatan yang berkaitan dari asal ke destinasi. Pengurusan logistik membantu syarikat mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan perkhidmatan pelanggan.

Sijil Profesional Pengurusan Hospitaliti

Pengurusan Hospitality - Pelajar akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (latihan sebenar diindustri) berdasarkan proses kerja sebenar mengikut piawaian mengenai kemahiran persediaan asas sehingga ke tahap yang tinggi dalam bidangb Hospitality selaras dengan kehendak industri.

Sijil Profesional Keusahawanan

Business Development adalah proses identifikasi jangka panjang untuk meningkatkan nilai perusahaan melalui pengembangan hubungan, pasaran dan pelanggan. Tanpa Business Development yang berkelanjutan, suatu perusahaan tidak dapat mengembangkan perniagaan degan maksimal. Proses Business Development disesuaikan dengan perniagaan dan segmentasi perusahaan tersebut. Business Development harus bersifat terus menerus dan jangka masa panjang kerana proses ini adalah penting bagi semua jenis perniagaan

Bidang Yang Terlibat

Logistik
Hospitaliti
Entrepreneurship

Kelayakan Mengikuti Program

Kelayakan #1

Kelayakan #1

Umur 18 – 35 Tahun

Kelayakan #2

Kelayakan #2

Boleh membaca, menulis & mengira/tamat pengajian sekolah/UPSR/PMR/SPM/Sijil/Diploma/Ijazah

Kelayakan #3

Kelayakan #3

Lulus temuduga dengan Pihak PEN Academy

Manfaat & Kelebihan Program Latihan

Hasil daripada program ini pelajar akan dapat memperbaiki sikap, berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang yang berkaitan. Selain dari itu juga, pelajar akan ditempatkan kerja di bidang yang berkaitan. Bagi memastikan pelajar kekal bekerja dalam bidang yang berkaitan pihak PEN Academy akan mengikuti perkembangan pelajar selama 10 bulan atau 7 bulan berturut-turut dengan menggunakan kaedah lawatan, tugasan, buku laporan harian, kuliah dalam talian serta projek akhir.

Selepas tamat 10 bulan atau 7 bulan ditempatkan pekerjaan pelajar akan dianugerahkan Professional Certificate bidang yang berkaitan oleh UTMSPACE dan jaminan peluang pekerjaan yang tetap. Tidak terhenti disitu sahaja, segala tugasan yang diberi juga menjadi bukti bahawa mereka berpengalaman dalam bidang berkaitan selain bukti buku laporan. Kesemua bukti pensijilan, 15 tugasan, buku laporan & projek akhir ini akan membantu pelajar bagi pembangunan kerjaya mereka di masa hadapan.

Hasil daripada pembangunan Sikap, Kemahiran dan Pengetahuan serta bekalan bukti pengalaman (pensijilan, tugasan, buku laporan & projek akhir) akan melahirkan tenaga kerja yang perpontensi tinggi dan menyumbang kepada:

Perancangan Perjalanan Kerjaya Pelajar

Dengan berbekalkan Professional Certificate dan pengalaman sebenar di industri pelajar dapat membina kerjaya yang baik dalam 4 hingga 5 tahun kehadapan.

Kaedah / Silibus Program Latihan

Kaedah latihan keseluruhan selama 7 ke 10 bulan:

Kelas persediaan, teori & simulasi.

Penempatan Kerja

Pemantauan & Kelas Bimbingan.

Diberi elaun

Dilindungi dengan SOCSO/Insuran

Buku laporan

Kelas dalam talian

Kelas bimbingan bersemuka 

Tugasan

Nota Dalam Talian

Teori

Simulasi

Pembentukan sikap, kemahiran dan pengetahuan

Ujian pengetahuan

Projek Akhir

Pembentangan projek akhir

Buku Laporan lengkap 

GRADUASI

Contoh Modul Pembelajaran

Pengurusan Logistik

  1. Inbound Cargo Handling (Warehousing & Forwarding)
  2. Outbound cargo handling (Warehouse & Forwarding)
  3. Customs & Port Clearance
  4. Logistics Inventory Control
  5. Logistics Data Administration
  6. Shipment Hub Processing
  7. Logistics Transportation Movement Coordination

Pengurusan Hospitaliti

  1. Front Office
  2. Food & Beverages Services
  3. Housekeeping
  4. Food Preparation

Pengurusan Keusahawanan

1. Introduction to the Business Operation, Stock handling, receiving and inventory handling & Product Disposal & Return

2. Storage Arrangement Handling & The importance and control of stock take

3. Operating for the merchandising of food and non-food

4. Customer Service in Business Operation

5. Marketing Strategy in Business Operation

6. Provision of Social Media Marketing Materials

7. Social Media Streaming VS Television Broadcasting

YURAN PENDAFTARAN DITAJA OLEH INDUSTRI

Yuran Pendaftaran RM1,000 bagi semua program.

Bagi Program Logistik, tambahan RM1,000 diperlukan dan akan dikembalikan selepas tamat pengajian 10 bulan dengan jayanya.

Borang Pendaftaran

Menyertai Program Latihan PEN Academy