Testimoni Alumni Pembangunan Kerjaya PEN Academy

Hidayah telah menamatkan SKM Tahap 3 seawal 17 tahun. Walaubagaimanapun, setelah tamat belajar beliau agak sukar untuk menemukan kerja dan majikan kurang keyakinan dengan umur beliau. Selepas beliau mengikuti program Pembangunan Kerjaya, beliau kini digelar DEMI CHEF 2.

Hafizi ditempatkan di Mios Kitchen sebagai seorang pelayan dan tidak lama selepas itu, restoran tersebut mengalami masalah kekurangan tenaga pekerja dan beliau telahpun membantu bahagian dapur untuk memepercepatkan servis. Kini beliau telahpun mendapat tawaran menjadi Assistant Manager.

Sofea berasal dari Sarawak dan beliau mengikuti program di PEN Academy dari berumur 16 tahun. Pada ketika itu, beliau kurang bernasib baik dalam bidang akademik. Namun begitu, beliau berusaha untuk mencari peluang lain. Sebelum ini, beliau tiada sebarang pengalaman dalam bidang Hospitality dan selepas mengikuti Program di PEN Academy, beliau menggalas tanggungjawab sebagai seorang Kapten di Mios Kitchen.

Erfan hanya mempunyai kelulusan PMR sebelum mengikuti Program Pembangunan Kerjaya di Pen Academy dan beliau pernah ada mengikuti program di tempat lain dan program tersebut kurang membantu dalam kerjaya beliau. Selepas mengenali program di Pen Academy, kini beliau telah berjaya menamatkan pengajian di PEN Academy dan diberi kerpercayaan menggalas jawatan sebagai Outlet Manager di Baker’s Cottage.

Jomain berasal dari Sabah dan hanya mempunyai sijil SPM. Sebelum ini, beliau sudah mempunyai kerja tetap di sana tetapi pendapatan bulanan beliau agak kecil dan peluang kerjaya beliau amat terhad. Selepas beliau mengetahui tentang program pembangunan kerjaya di PEN Academy, beliau berminat untuk mengikutinya. Selain berjaya menamatkan program tersebut, beliau diserapkan ke dalam syarikat programnya atas sikapnya yang baik dan menjana pendapatan sebanyak RM2,300 ke atas.

Rashidi hanya mempunyai kelulusan PT3 sahaja dan sebelum beliau mengikuti program pembangunan kerjaya Pen Academy, beliau bekerja membantu rakannya menjual keropok lekor di tepi jalan. Ibu beliau seorang guru dan amat risau tentang masa depan beliau memandangkan beliau kurang bernasib baik dari segi akademik. Selepas ibu beliau dapat tahu tentang kelebihan program PEN Academy, ibu beliau menyarankan pada beliau untuk mengikutinya. Dengan dorongan ibu bapa, beliau berjaya menamatkan program ini dan telah ditawarkan untuk menjadi pekerja tetap dan gaji bulanan beliau mencapai RM 2,300.

Alif sebelum mengikuti program pembangunan kerjaya di PEN Academy, tidak mempunyai sijil akademik dan tiada kerja yang menjamin masa depannya. Selepas menamatkan program ini, beliau terus diserap sebagai pekerja tetap dan mendapat gaji yang agak tinggi.

Ibu ini berkongsi tentang perkembangan anaknya selepas mengikuti program pembangunan kerjaya di mana anak beliau belajar untuk berdikari berbeza sebelum mengikuti program pembangunan kerjaya. Ibu ini sangat berterima kasih pada pihak PEN Academy kerana membantu anak beliau.

Ibu ini mengucapkan terima kasih kepada pihak PEN Academy kerana membantu anak beliau yang kini diserap terus sebagai pekerja tetap selepas mengikuti program pembangunan kerjaya.

Jomain sangat bersyukur dapat mengenali program pembangunan kerjaya di PEN Academy kerana membantu beliau untuk membina kerjaya yang lebih baik dari sebelum ini.

Ibu ini sangat berterima kasih kepada pihak PEN Academy kerana memberi peluang kepada 2 orang anak beliau untuk membina kerjaya di program pembangunan kerjaya. Kerana ini, beliau yakin program ini dapat membantu membentuk kerjaya yang lebih baik untuk anak-anak beliau.

Previous
Next
Previous
Next

Pencapaian Pelajar Terkini
Pembangunan Kerjaya PEN Academy
(Semasa Tempoh Pengajian)

Alhamdulillah dan tahniah Shahqirin!

Di atas anugerah sebagai pekerja cemerlang. Walaupun Shahqirin pelajar PEN Academy yang masih dalam program pembangunan kerjaya tetapi beliau layak untuk mendapat anugerah ini disebabkan prestasi beliau yang baik dan berkat usaha yang ditunjukkan serta bimbingan dari segi coaching, motivation dan kelas oleh pegawai-pegawai PEN Academy dan membuktikan bahawa program ini sangat membantu seseorang itu membina satu kerjaya yang baik. Sebelum mengikuti program ini, Shahqirin juga tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang Hospitality. Kami di PEN Academy sentiasa mendoakan Shahqirin terus berjaya sehingga tamat program dan sentiasa membanggakan ibubapanya. Tahniah!

Walaupun Alya Syafiqah baru 5 bulan mengikuti program pembangunan kerjaya, namun prestasi beliau sangat baik dan beliau juga banyak belajar dalam pengurusan restoran. Ulasan baik tentangnya dari pelanggan amat membanggakan untuk seorang pelajar yang baru sahaja mengikuti program pembangunan kerjaya.

Alhamdulillah!

Seorang pelajar yang mengikuti program pembangunan kerjaya Hospitality berkongsi kegembiraan beliau setelah mendapat elaun pertamanya yang berjumlah RM1,188, lebih daripada elaun sepatutnya iaitu diantara RM800 – RM1,100.

Vekineswaree dan Radzlin adalah dua orang pelajar program pembangunan kerjaya yang berjaya mendapat Certificate of Recognition daripada tempat latihan industri mereka sebagai anugerah untuk prestasi mereka ketika menjalani latihan.

Kejayaan kerjaya yang sama sedang menanti anda!